Do you like the colour of the sky?

January 30, 2012 Leave a comment

Categories: Fikir-Fikir

Teori Imam al – Ghazali Dalam Mendidik Anak

January 27, 2012 Leave a comment

Hari tu aku share Teori Saiyidina Ali, hari ni jom kita tengok Teori Imam al- Ghazali, 3 dalam 1 dalam mendidik anak. Sekiranya ketiga-tiga aspek yang ditekankan dalam teori ini dijalankan secara seimbang, Insyaallah dapat membantu anak kita menjadi insan berakhlak.

1. Tubuh Badan
Penuhi dan jaga keperluan tubuh anak dengan memberi makanan seimbang, pakaian, tempat tinggal dan rawatan perubatan yang sempurna agar tubuhnya sentiasa cergas dan berfungsi dengan baik.

2. Akal Fikiran
Untuk memastikan akal fikiran anak sentiasa cerdas,kita perlu memberi tiga jenis makanan akal

  • Akidah dan Tauhid - Ilmu mengenai pencipta-Nya. Ajarkan ilmu-ilmu agama.
  • Syariah - Ilmu mengenai jalan hidup yang tepat dalam menjalani kehidupan supaya mencapai matlamat kebahagiaan dunia dan akhirat. Jika tidak mampu mendalaminya, cukup sekadar mengetahu serba sedikit untuk pengetahuan dan amalan sendiri.
  • Akademik - Ilmu mengenal alam Allah untuk kegunaan diri bagi anak meneroka alam. Ia juga supaya dapat menggunakan ilmu dalam mencari rezeki mengikut kepandaiannya.
3. Hati Budi
Tanam iman sebenar dalam hati anak agar ia sentiasa berfungsi. Ini mendorong dirinya untuk sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan. Jangan lupa untuk memberi didikan akhlak pada anak.
Categories: Fikir-Fikir, Islamic, Renungan
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 329 other followers